Thursday, 8 December 2011

Kaedah Fonik Untuk Kanak-Kanak






Kaedah Fonik didedahkan kepada kanak-kanak bagi memudahkan mereka membaca pada peringkat permulaan...
Kanak-kanak akan mudah memahami sesuatu ejaan apabila mereka dapat menguasai teknik bunyi....
contoh aa,zi dan sebagainya...








Monday, 28 November 2011

KAEDAH FONIK

        Kaedah ini digunakan bagaimana murid-murid dapat melihat hubungan di antara simbol(huruf) dan bunyi agar  dapat membaca atau membunyikan perkataan-perkataan baru mereka hadapi. Murid-murid tidak diajar nama huruf tetapi diajar bunyi-bunyi huruf.Maknanya lambang huruf terus dikaitkan dengan bunyinya.


      Misalnya "a" dibunyikan "aa...", "t" dibunyikan "tah....", "s" dibunyikan "ss.....", "u" dibunyikan "uu....." dan sebaginya. Setelah mereka tahu hubungan antara tiap-tiap huruf dengan bunyinya maka suku kata pula dibentuk. Contohnya "ba" , "ta","lu","mi","ca" dan sebagainya.Kemudian suku kata-suku kata ini digabungkan pula menjadi perkataan-perkataan bermakna seperti "bata","balu","baca" dan sebagainya.


      Selanjutnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat yang menggunakan perkataan-perkataan ini.Kelebihan kaedah fonik ini sesuai digunakan untuk mengajar permulaan membaca perkataan-perkataan Melayu. Ini kerana sistem ejaan Melayu kita adalah fonemik iaitu ada hubungan teratur antara "huruf" dan "bunyinya". Kaedah ini adalah lebih munasabah dan mungkin berkesan berbanding kaedah Abjad dan Kaedah Pandang sebut.


     Bagaimanapun kaedah ini dikatakan mempunyai kelemahan iaitu, masih memerlukan murid-murid menghafal bunyi huruf yang kurang bermakna pada permulaannya. Biasanya memerlukan masa yang agak lama untuk mereka mengenal semua bunyi huruf dan suku kata sebelum mereka membaca ayat-ayat dan perkataan-perkataan bermakna.